KESALAHAN TATABAHASA
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
salah
|
Betul
|
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
|
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
|
Kata jamak
salah
|
betul
|
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
|
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang
|
kata penguat
salah
|
betul
|
sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali
|
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan
|
kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salah
|
betul
|
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
|
Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda dalam
pertandingan itu.
|
kata hubung
salah
|
betul
|
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.
|
Sally sedang membaca apabila saya tiba di
rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.
|
Kata bilangan
salah
|
betul
|
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
|
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai
aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang
masa di pasar raya.
|
7. Kata Sendi
i - Dari
salah
|
betul
|
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
|
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh
-sungguh.
|
ii - Daripada
salah
|
betul
|
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
|
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal
di asrama.
|
iii - Pada
salah
|
betul
|
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia
dengan negara.
|
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari
Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya pergi ke
perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia pada
negara.
|
iv - Di
salah
|
betul
|
Saya dilahirkan diSarawak.
Ayah awak bekerja dimana ?
|
Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja di mana ?
|
Penjodoh bilangan
salah
|
betul
|
Setiap orang pelajar.
Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.
|
Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.
|
Kata ganti diri
salah
|
betul
|
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke
balai polis.
“Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada
gurunya.
|
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke
balai polis.
“Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada
gurunya.
|
Kata adjektif
salah
|
betul
|
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
|
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya
lazat benar..
Pemandangan di pantai yang indah nian
itu mempesonakannya.
|
kata kerja transitif
salah
|
betul
|
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
|
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mecuci keretanya.
|
Ayat pasif
salah
|
betul
|
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
|
Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti kaubuat.
|
Kata tanya
salah
|
betul
|
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
|
Kamu berasal dari mana ?
Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama apa ?
|
Ejaan
salah
|
betul
|
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
|
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya
kepada anaknya yang bongsu.
|
Kata Ganti Diri
1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu,
*mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan
dengan kerabat diraja saja.
Kata Bilangan
1 Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda,
misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan
kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan
sewenangwenangnya.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
*Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
(d) `Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah
contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
*Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan
sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan
yang berikut:
(a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
3 Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama
dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan
sebilangan. Misalnya:
(a) *para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b) *segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c) *sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d) *seluruh buah negari (salah)
seluruh negeri (betul)
(e) *semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)
4 Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk
menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja
tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) *Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/
terhadap guru. (betul)
(e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 . Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)
5 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang
penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang,
berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan
awalannya. Contohnya:
(a) *Dia kata kepada saya. (salah)
Dia berkata kepada saya. (betul)
(b) *Jangan lompat. (salah)
Jangan melompat. (betul
(c) *Dia senyum kepada saya. (salah)
Dia tersenyum kepada saya. (betul)
6 Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa
kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Objeknya mestilah frasa nama.
3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua
kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul )
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya
dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan
yang berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)
7 Kata Tanya
1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana,
berapa, mana, mengapa, dan siapa.
3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata
apa dan siapa.
4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau
binatang saja.
5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama
manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)
(b) *Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
No comments:
Post a Comment