10.18.2012

 
 

Permainan Tradisional ----Layang-layang

 Hai,seronoknya bermain layang-layang! Cantiknya layang-layang kamu berdua!

Murid-murid membuat layang-layang dengan penuh sabar!Selamat mencuba,Semoga berjaya !

 

Murid-murid berasa seronok dengan permainan tradisional ini,mereka amat berminat dalam aktiviti yang dijalankan!Syabas kepada mereka yang berjaya membuat layang-layang!

10.11.2012

Nilai Murni - Bertanggungjawab

Objektif pembelajaran:

i. pelajar diharapkan dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai bertanggungjawab.
ii. pelajar dapat menerapkan nilai bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Maksud nilai Bertanggungjawab


Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.


Nilai Bertanggungjawab
Setiap insan di dunia harus bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugas supaya kita boleh hidup sempurna. Kita harus bersopan-santun agar disayangi ibu bapa dan guru-guru. Kita harus bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kita mesti membantu antara satu sama lain dengan ikhlas. Jangalah bercakap bohong kerana kita ingin orang mempercayai kita. Sikap jujur, amanah dan taat sedia adalah tanggungjawab kita.
Ibu bapa dan guru berperanan yang penting untuk memupuk nilai bertanggungjawab dalam kalangan anak-anak.
Ada beberapa cara yang dapat diterapkan untuk mendidik anak agar menjadi anak yang bertanggungjawab dan prinsip-prinsip penting yang harus dilakukan untuk membantu anak bertanggung jawab.
1. Memberi teladan yang baik.

Dalam mengajarkan tanggungjawab kepada anak,akanlebih terhasil denganmemberikan suatu teladan yang baik.Cara ini mengajarkan kepada anak bukan saja apa yang harus dilakukan dan bagaimana cara melakukannya,akan tetapi juga bagaimana orang tua melakukan tugas semacam itu.

2. Tetap dalam pendirian dan teguh dalam prinsip.
Dalam hal melakukan pekerjaan, orang tua harus melihat apakah anak melakukannya dengan segenap hati dan tekun. Sangat penting bagi orang tua untuk memberikan suatu perhatian pada tugas yang tengah dilakukan oleh si anak. Janganlah sekali-kali kita menunjukkan secara langsung tentang kesalahan-kesalahan anak, tetapi nyatakanlah bagaimana cara memperbaiki kesalahan tersebut. Dengan demikian orang tua tetap dalam pendirian,dan teguh dalam prinsip untuk menanamkan rasa tanggungjawab kepada anaknya.

3. Memberi anjuran atau perintah hendaknya jelas dan terperinci.
Orangtua dalam memberi perintah ataupun anjuran, hendaklah diucapkan atau disampaikan dengan cukup jelas dan terperinci agar anak mengerti dalam melakukan tugas yang dibebankan kepadanya.

4. Memberi ganjaran atas kesalahan.
Orang tua hendaknya tetap memberi perhatian kepada setiap pekerjaan anak yang telah dilakukannya sesuai dengan kemampuannya. Tidak patut mencela pekerjaan anak yang tidak diselesaikannya. Kalau ternyata anak belum dapat menyelesaikan pekerjaannya saat itu, anjurkanlah untuk dapat melakukan atau melanjutkannya besok hari. Dengan memberikan suatu pujian atau penghargaan, akan membuat anak tetap berkeinginan menyelesaikan pekerjaan itu. Seringkali orangtua senang menjatuhkan suatu hukuman kepada anak yang tidak berhasil menyelesaikan tugasnya. Andaikan memungkinkan lebih baik memberikan ganjaran atas kesalahan dan tidak semata-mata mempermasalahkan.




KEBAIKAN MERANCANG:
(i) Perbelanjaan
(a) tidak berbelanja berlebihan
(b) tabung wang lebihan
(c) beli barang keperluan bukan kehendak

(ii) Kerjaya
(a) tahu minat, kebolehan serta potensi diri.
(b) boleh buat keputusan
(c) capai matlamat hidup dengan tersusun
(iii) Keluarga
(a) menjamin kebahagiaan
(b) hidup dalam keadaan tenang
KESAN JIKA TIDAK MERANCANG



(a) tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
(b) tidak berjaya dalam hidup
(c) tidak suka dan tidak berminat dalam kerjaya yang diceburi
(d) masalah tidak dapat diselesaikan
(e) akan dibebani masalah/hutang
(f) pembaziran masa, tenaga dan wang












10.09.2012

Nilai Murni - Baik Hati

1.Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:
  • Bertimbang rasa
  • Aspek belas kasihan
  • Murah hati
  • Faham memahami
  • Sedia memaafkan 
  • Bertolak ansur
  • Sedia membantu
  • Berterima kasih




















      NILAI-NILAI MURNI
        1. BAIK HATI
      1.1. Belas   kasihan
      - bersimpati  terhadap kesusahan orang lain
      1.2. Bertimbang  rasa
      – mengambil kira keperluan dan perasaan  orang  lain.
      1.3. Murah  hati
      – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan.
      1.4. Saling  memahami
      – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.
      1.5. Saling  bermaafan
      – sanggup meminta maaf dan memaafkan.
      



    10.08.2012

    1.

    Menjana insan yang berpekerti mulia melalui cerita.


    2.

    senarai nilai murni

    Bil
    Nilai Murni
    Maksud
    1
    adil
    公平
    2
    amanah
    可信赖
    3
    baik hati
    好心
    4
    bantu-membantu
    互相帮助
    5
    bebas
    自由
    6
    bekerjasama
    合作
    7
    beramah mesra
    亲切
    8
    berani
    勇敢
    9
    berazam  tinggi
    有崇高的理
    10
    berbudi bahasa
    有礼貌
    11
    berdedikasi
    献身
    12
    berdikari
    自力
    13
    berdisiplin
    守纪律
    14
    berhati-hati
    小心
    15
    berhemah  tinggi
    高尚的品德
    16
    berjimat  cermat
    节俭
    17
    berkorban
    牺牲
    18
    bermurah hati
    慷慨
    19
    bersatu  padu
    团结
    20
    bersederhana
    中庸
    21
    bersopan  santun
    有礼貌
    22
    bersyukur
    感恩
    23
    bertakwa
    虔诚
    24
    bertanggungjawab
    负责任
    25
    bertatasusila
    有品德
    26
    bertimbang  rasa
    体谅
    27
    bertoleransi
    容忍
    28
    berwaspada
    小心
    29
    bijak  berbelanja
    有计划地开销
    30
    bijaksana
    机智
    31
    cekal
    决意,决心
    32
    cinta  akan  negara
    爱国
    33
    cinta  akan  alam  sekitar
    热爱环境
    34
    faham-memahami
    互相了解
    35
    gigih  berusaha
    努力奋斗
    36
    gigih
    坚定不移
    37
    ikhlas
    真诚
    38
    insaf
    觉悟
    39
    jujur
    诚实
    40
    kasih sayang
    爱心
    41
    keluhuran  budi
    崇高的品德
    42
    mematuhi  peraturan
    遵守规则
    43
    mementingkan  ilmu
    珍惜知识
    44
    mementingkan  kebersihan
    注意卫生




     

    3.
    jika hendak berjaya, usah pandang ke ketinggian tangga tetapi belajar cara menaikinya.