nilai murni

1.

senarai nilai murni

Bil
Nilai Murni
Maksud
1
adil
公平
2
amanah
可信赖
3
baik hati
好心
4
bantu-membantu
互相帮助
5
bebas
自由
6
bekerjasama
合作
7
beramah mesra
亲切
8
berani
勇敢
9
berazam tinggi
有崇高的理
10
berbudi bahasa
有礼貌
11
berdedikasi
献身
12
berdikari
自力
13
berdisiplin
守纪律
14
berhati-hati
小心
15
berhemah tinggi
高尚的品德
16
berjimat cermat
节俭
17
berkorban
牺牲
18
bermurah hati
慷慨
19
bersatu padu
团结
20
bersederhana
中庸
21
bersopan santun
有礼貌
22
bersyukur
感恩
23
bertakwa
虔诚
24
bertanggungjawab
负责任
25
bertatasusila
有品德
26
bertimbang rasa
体谅
27
bertoleransi
容忍
28
berwaspada
小心
29
bijak berbelanja
有计划地开销
30
bijaksana
机智
31
cekal
决意,决心
32
cinta akan negara
爱国
33
cinta akan alam sekitar
热爱环境
34
faham-memahami
互相了解
35
gigih berusaha
努力奋斗
36
gigih
坚定不移
37
ikhlas
真诚
38
insaf
觉悟
39
jujur
诚实
40
kasih sayang
爱心
41
keluhuran budi
崇高的品德
42
mematuhi peraturan
遵守规则
43
mementingkan ilmu
珍惜知识
44
mementingkan kebersihan
注意卫生

2.
jika hendak berjaya, usah pandang ke ketinggian tangga tetapi belajar cara menaikinya

1.Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:


  • Bertimbang rasa
  • Aspek belas kasihan
  • Murah hati
  • Faham memahami
  • Sedia memaafkan
  • Bertolak ansur
  • Sedia membantu
  • Berterima kasih



  •       NILAI-NILAI MURNI
        1. BAIK HATI
        1.1. Belas kasihan
        - bersimpati terhadap kesusahan orang lain
        1.2. Bertimbang rasa
        – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.
        1.3. Murah hati
        – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan.
        1.4. Saling memahami
        – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.
        1.5. Saling bermaafan
        – sanggup meminta maaf dan memaafkan.


    Objektif pembelajaran:


    i. pelajar diharapkan dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai bertanggungjawab.
    ii. pelajar dapat menerapkan nilai bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
    Maksud nilai Bertanggungjawab



    Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

    Nilai Bertanggungjawab
    Setiap insan di dunia harus bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugas supaya kita boleh hidup sempurna. Kita harus bersopan-santun agar disayangi ibu bapa dan guru-guru. Kita harus bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kita mesti membantu antara satu sama lain dengan ikhlas. Jangalah bercakap bohong kerana kita ingin orang mempercayai kita. Sikap jujur, amanah dan taat sedia adalah tanggungjawab kita.
    Ibu bapa dan guru berperanan yang penting untuk memupuk nilai bertanggungjawab dalam kalangan anak-anak.
    Ada beberapa cara yang dapat diterapkan untuk mendidik anak agar menjadi anak yang bertanggungjawab dan prinsip-prinsip penting yang harus dilakukan untuk membantu anak bertanggung jawab.
    1. Memberi teladan yang baik.

    Dalam mengajarkan tanggungjawab kepada anak,akanlebih terhasil denganmemberikan suatu teladan yang baik.Cara ini mengajarkan kepada anak bukan saja apa yang harus dilakukan dan bagaimana cara melakukannya,akan tetapi juga bagaimana orang tua melakukan tugas semacam itu.

    2. Tetap dalam pendirian dan teguh dalam prinsip.
    Dalam hal melakukan pekerjaan, orang tua harus melihat apakah anak melakukannya dengan segenap hati dan tekun. Sangat penting bagi orang tua untuk memberikan suatu perhatian pada tugas yang tengah dilakukan oleh si anak. Janganlah sekali-kali kita menunjukkan secara langsung tentang kesalahan-kesalahan anak, tetapi nyatakanlah bagaimana cara memperbaiki kesalahan tersebut. Dengan demikian orang tua tetap dalam pendirian,dan teguh dalam prinsip untuk menanamkan rasa tanggungjawab kepada anaknya.

    3. Memberi anjuran atau perintah hendaknya jelas dan terperinci.
    Orangtua dalam memberi perintah ataupun anjuran, hendaklah diucapkan atau disampaikan dengan cukup jelas dan terperinci agar anak mengerti dalam melakukan tugas yang dibebankan kepadanya.

    4. Memberi ganjaran atas kesalahan.
    Orang tua hendaknya tetap memberi perhatian kepada setiap pekerjaan anak yang telah dilakukannya sesuai dengan kemampuannya. Tidak patut mencela pekerjaan anak yang tidak diselesaikannya. Kalau ternyata anak belum dapat menyelesaikan pekerjaannya saat itu, anjurkanlah untuk dapat melakukan atau melanjutkannya besok hari. Dengan memberikan suatu pujian atau penghargaan, akan membuat anak tetap berkeinginan menyelesaikan pekerjaan itu. Seringkali orangtua senang menjatuhkan suatu hukuman kepada anak yang tidak berhasil menyelesaikan tugasnya. Andaikan memungkinkan lebih baik memberikan ganjaran atas kesalahan dan tidak semata-mata mempermasalahkan.




    KEBAIKAN MERANCANG:
    (i) Perbelanjaan
    (a) tidak berbelanja berlebihan
    (b) tabung wang lebihan
    (c) beli barang keperluan bukan kehendak

    (ii) Kerjaya
    (a) tahu minat, kebolehan serta potensi diri.
    (b) boleh buat keputusan
    (c) capai matlamat hidup dengan tersusun
    (iii) Keluarga
    (a) menjamin kebahagiaan
    (b) hidup dalam keadaan tenang
    KESAN JIKA TIDAK MERANCANG




    (a) tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
    (b) tidak berjaya dalam hidup
    (c) tidak suka dan tidak berminat dalam kerjaya yang diceburi
    (d) masalah tidak dapat diselesaikan
    (e) akan dibebani masalah/hutang
    (f) pembaziran masa, tenaga dan wang


    No comments:

    Post a Comment